Ini merupakan salah satu Projek Bumi Hijau. Tanaman yang akan diusahakan ialah Tanaman Terung Telunjuk. Masyarakat Sungai Choh amat gemar memakan jenis terung ini. Mereka memanggil pokok ini sebagai "Terung Telunjuk" atau nama saintifiknya ialah "SOLANUM SPP." Projek ini telah dimulakan pada 1.3.2009 yang lalu iaitu hari mula-mula ia disemai ke tapak semaian. Pelajar ahli Persatuan ICT Sesi Petang telah diminta membantu menjayakan projek ini.
KAUNTER PELAWAT
LATAR BELAKANG
Majlis Pelancaran Program Bumi Hijau Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 29 0ktober 2008 di SMK Bandar Baru Sungai Long. Ia telah dilancarkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah. Pada sidang akhbar selepas majlis tersebut, Datuk Seri Hishammudin Tun Husein memaklumkan bahawa sebanyak 400 sekolah di seluruh negara sehingga kini telah melaksanakan program bumi hijau. Kementerian Pelajaran akan mewujudkan satu piawaian bagi melaksanakan program Bumi Hijau di semua sekolah seluruh negara menjelang tahun 2010. Bahagian pembangunan kokurikulum akan meneliti program berkenaan untuk dilaksanakan di peringkat sekolah rendah, menengah dan vokasional. Kementerian juga sedang mengkaji insentif yang akan disalur kepada sekolah yang terlibat dalam kokurikulum berlandaskan pertanian dan alam sekitar.
RASIONAL
Program Bumi Hijau yang kini diperluaskan ke peringkat sekolah akan memberi kesan bermakna kepada semua pelajar. Selain mengenali sumber asas tani, program tersebut memberi pendedahan dalam bidang sains dan asas-asas pemasaran. Para pelajar yang berminat dalam bidang pertanian boleh menjadikannya sebagai satu profesion. Kini terdapat pelbagai teknologi yang membolehkan pertanian dilaksanakan dengan moden dan komersial serta mendatangkan hasil yang banyak. Dalam menghadapi krisis ekonomi dan makanan dunia, pertanian merupakan bidang yang amat penting dan cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.
MATLAMAT
Matlamat utama program Bumi Hijau ialah untuk menggalakkan para pelajar bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan. Program ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat para pelajar terhadap pertanian. Program ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan di samping persekitaran yang cantik dan menarik.
OBJEKTIF
1. Menggalakkan amalan bercucuk tanam. 2. Memupuk amalan bergotong-royong. 3. Mengeratkan interaksi antara pelajar. 4. Mewujudkan pelajar yang bersedia dipertanggungjawabkan menjaga persekitaran sekolah.
TERUNG TELUNJUK
Pokok Terung Telunjuk Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pokok Terung Telunjuk. Ia merupakan sejenis terung yang sering dicelur untuk dimakan sebagai ulam bersama sambal belacan. Ia juga sering dimakan sebagai ubat. Pokok Terung Telunjuk ini mudah hidup dan tidak diserang penyakit akar dan berbuah sepanjan gmasa. Kandungan khasiat terung agak sederhana. Dalam tiap 100gram (g) bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 91.2g, protein 1.7g, lemak 0.1g, karbohidrat 5.6g, serat 1.0g, kalsium 25miligram (mg), fosforus 20mg, ferum 0.6mg, karotena 90ug, vitamin A 15ug, vitamin B1 0.07mg, vitamin B2 0.05mg, niasin 0.7mg, dan vitamin C 18.4mg. Pengkelasan saintifik Alam: Tumbuhan Famili: Solanacease Genus: Solanum Spesies: Solanum spp.
Terung Telunjuk ini merupakan sejenis terung yang sering dicelur untuk dimakan sebagai ulam bersama sambal belacan. Ia juga sering dimakan sebagai ubat. Pokok terung Telunjuk ini mudah hidup dan tidak diserang penyakit akar dan berbuah sepanjang masa. Kandungan khasiat terung agak sederhana. Dalam tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 91.2 g, protein 1.7 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 5.6 g, serat 1.0 g, kalsium 25 miligram (mg), fosforus 20 mg, ferum 0.6 mg, karotena 90 ug, vitamin A 15 ug, vitamin B1 0.07 mg, vitamin B2 0.05 mg, niasin 0.7 mg dan vitamin C 18.4 mg.
Pembiakan: Pokok Terung Telunjuk mudah membiak melalui penyemaian biji benih. Biji benih Terung Telunjuk juga boleh diambil daripada buah yang cukup masak dan dikeringkan di tempat teduh. Biji benih perlu disemai sebelum anak pokok dialihkan ke tanah atau ke dalam pasu besar.
No comments:
Post a Comment